Alhamdulillah..diam tak diam dah masuk semula Ramadhan dan dah nak separuh bulan pun tatkala rencana ini ditaip..Dah lama tak menulis di ruangan ini dan sememangnya kekangan masa bebanan kerja yang bertambah menyukarkan lagi keadaan kali ini.. ( tak de sapa ke nak bagi input / info kat aku sekrg ni..??atau aku yg malas mencari?? )
Banyak isu dan perkara yang berlaku sekarang ini.. semua orang dah pandai bercakap dan bersuara menyatakan pandangan masing-masing walaupun majoritinya berani cakap kat belakang je.. Depan2 bukan main baik lagi.. pijak semut pun tak mati..Namun the bottom line kat sini ialah perkara ini memberi petunjuk bahawa rakyat malaysia bukan lagi golongan yes man yang kaan mengiyakan sahaja segala isu yang diterima..
Perkara kedua yang berlegar dalam benak pemikiran dikala ini ialah berkaitan dengan perlaksanaan peraturan pentadbiran..bukanlah nak menafikan kebaikan serta kewajaran perlaksanaannya,cuma apa yang patut dipertimbangkan..kepada bos-bos tu janganlah terlalu rigid bonar macam mesin..Bukan nak mempertikaikan peraturan, cuma hanya meminta sedikit ruang budi bicara dan ehsan sesekali dan bukannya selalu..
Sebagai contoh, kad perakam waktu.. Lewat 1 minit tetap akan dikira lambat dan warna akan bertukar 'merah'..namun bagi aku sepatutnya pulak kalau balik lewat samada seminit, 30 minit atau sejam kena ada mesin yang mencetak "Terima kasih kerana telah menggantikan kelewatan pada pagi tadi" atau pun "Kelewatan anda pada pagi tadi tidak dikira" atau "Terima kasih kerana lewat pulang demi kepentingan jabatan" dan sebagainya. Tentulah tak de mesin yg mcm tu..namun sebagai manusia kita perlu ada sedikit ruang budi bicara untuk anak buah..
Sebagai perbandingan kita lihat fungsi lampu isyarat jalanraya..jutaan ringgit dibelanjakan bagi membina lampu isyarat hanyalah semata-mata bagi menguruskan sistem lalu lintas agar lebih teratur. Keberkesanannya membantu kerajaan dan rakyat menjimatkan masa dan wang ringgit ( ye la,kok eksiden kang kono bayar macam-macam ) ..
AKAN TETAPI , kenapa in certain time mcm bila waktu kemuncak akan kelihatan bapak-bapak polisi yang mengawal lalulintas overule lampu isyarat ni? Tidak lain hanya lah semata-mata at that moment human decision is more important which is a machine can't do. Sebab tu kita tak boleh dan jangan bertindak macam mesin..kerana mesin tak de perasaan dan akal pemikiran ( senang cakap tak de otak la ) .. jangan marah aaaa .. nanti batal puasa .. :D
~adios~

0 comments:
Post a Comment