Tuesday, May 10, 2011

Salaam

Salaam semua,
Bertemu semula setelah lame menyepi atas sebab-sebab yang tidak dielakkan. Pada 16 Mac 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Badan kali ke 8 dan berlaku perubahan dalam AJK Badan seperti di bawah :-

Pengerusi : Encik Abd. Halim bin Sulaiman
Timbalan Pengerusi : Encik Ahmad Husaini bin Hj. Mustafa
Setiausaha : Encik Mahmud Fauzi bin Md. Taba
Penolong Setiausaha : Puan Norafizah bt. Kamarudin
Bendahari : Encik Zamri bin Sinin
AJK : 1) Encik Mohd. Zakuan bin Mohd. Yusof
2) Encik Muhammad Amir bin Abdullah
3) Puan Rosesaminah bt. Md. Thani
4) Puan Tuty Darlis bt.Nasaruddin
5) Encik Mohd. Khidir bin Mansor
6) Encik Mohd. Al-Hafid bin Ismail
Pemeriksa Kira-kira: 1) Puan Rozana bt. Mohd. Yusof
2) Encik Firdaus bin Taslim

- semoga dapat berkhidmat dengan memuaskan dan berjaya.

Thursday, November 5, 2009

Salaam.....
Panggilan Haji telah tiba lagi, menunaikan ibadah panggilan Baitullah.
Tanah suci Mekah hiya Makkatul Mukarramah.

Antara lirik nasyid yang pernah popular suatu masa dulu. Setelah selesai E'dul Fitri maka kita sebagai Muslim akan menunggu pula satu hari lagi yang bahagia iaitu E'dul Adha atau lebih di kenali dengan Hari Raya Qurban. Hari yang penuh sejarah yang diraikan seluruh Muslim sedunia bagi meraikan saudara Muslim yang sedang berkumpul di Arafah sebagai salah satu rukun dalam rukun menunaikan Ibadah Haji. Banyak yang kita telah ketahui dengan Hari Raya ini, antaranya kita dituntut melakukan qurban. Qurban bukan sekadar kita hanya menyembelih binatang yang disyaratkan oleh Syara' tetapi juga dituntut disegi bermacam-macam cara demi Agama Islam dan sesama saudara Muslim, terutamanya saudara kita dalam negara kita ini.

Hari ini juga mengingatkan kita dengan sanak saudara, rakan-rakan yang dapat pergi menunaikan Haji ke Baitullah. Satu tawaran yang tidak mahu dilepaskan walau diganti dengan apa-apa pun melainkan dijemput oleh Allah ke sisiNya. Walau suasananya agak getir dan perit, dengan cuacanya, orang yang ramai terdiri dari berbagai jenis dan kebudayaan dan macam-macam lagi yang akan dihadapi, namun ia akan menambahkan lagi kekuatan keimanan
kepada Allah. Suasana Ibadah Haji juga untuk kita menilai Islam dari senario Global, Islam bukan sekadar hak satu-satu kaum atau bangsa tetapi hak semua makhluk Allah di muka bumi ini.

Di Jabatan kita, JHEAINS, ada juga kakitangan kita yang dapat tawaran ini . Semoga dapat Haji yang Mabrur dan hadiah seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah, pulangnya nanti bak bayi yang baru lahir, suci dari segala dosa.

Labbaikalla humma Labbaik, Labbaikala syari kala kalabbaik.
Salaam.....

Thursday, October 29, 2009

Pertabalan DYYM Yang Di-Pertuan Besar N.Sembilan

Salaam...
Puasa sudah, ghaye sudah, ngundi pun sudah. Tibo lah maso yang ditunggu dek rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu Pertabalan Rajo kito.
Alhamdulillah....26 Oktober 2009 yang lalu, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah ditabalkan sebagai DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke-11. Meriah and happening boto kek Seri Menanti sejak 19 Oktober laie. Jabatan kito telah diamanahkan 2 acara besar bersempena istiadat tu iaitu nyo Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat pada 22 Oktober 2009 di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti dan Forum Perdana pada 23 Oktober 2009 di Padang Awam Seri Menanti. Majlis Bacaan Yasin dipimpin oleh Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dimano DYMM dan Tuanku Ampuan berangkat hadir. Kejosamo kakitangan JHEAINS amat dihargai dan disanjungi oleh urusetia majlis ini iaitu Bhgn. Pengurusan Masjid dan Surau (BPMS), kalau tidak....poghit juo. Kehadiran membanggakan terutama maso makan, ponoh kawasan Dewan Tunku Ampuan Najihah....

Forum lak....amat membanggakan walaupun tanpa kehadiran DYMM tetapi di hadiri oleh anakando nyo, Tunku Zain Al 'Abidin. Panel-panel kito ialah Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dan Yang Di-Pertua YADIM. Moderator nyo Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Bodontum bang...PA sistem pakai stage utama nyo untuk konsert. kacang dek budak-budak PA buek setting sound...tompi kono deh mulo-mulo tu, mic tak function, nasib baik mic wireless ado..VIP dah sampai, MC tak dapek cakap (mic tak function), Timbalan PAID Pilah comeh lak menarak MC...lek tuan, bondo tak sangko jadi. Padahal sobolom tu MC dah test, OK. Tompi tu la kan, kuasa Allah. Selain tu banyak laie program yang dijalankan sempeno istiadat ni, boleh nengok kek website kerajaan Nogoghi.


Keberangkatan tibo DYMM ke masjid untuk majlis Bacaan Yasin....

Makan pun posing....hai.....

Petugas-petugas untuk Forum...tak sabar ghaso nak mulo....nanti kito nengok tudung kek gerai tu ek.......kosan eh!!!

Sessi Taklimat untuk petugas Forum..nasib baik cuaca mendung, lampu kek ateh lak kurang cahayo...kalau tidak, silau bro...he he

Panel-Panel kito, orang lamo slow and steady...tompi jojak boto di cakap eh, tegas dalam lembut..

Antara dif-dif yang hadir....Jazakallah

Orang ramai yang hadir....

Tunku Zain Al 'Abidin nyampaikan cenderahati pado Panel-Panel. Jazakallah Tunku atas sudi berkenan untuk hadir.

Semoga DYMM diberi petunjuk dan perlindungan Allah jua sepanjang pemerintahan Tuanku.
Daulat Tuanku.

Ni pulak Jamuan Ghaye Aidilfitri kito, Badan tanggung sumo belanjo...Alhamdulillah, berjayo juo. Timo kasih kek sumo-sumo AJK Badan dengan usoho yang dibuek tompi cian kek Pengerusi sobab maso jamuan dio kono poie kursus kek USIM arahan Pengarah....takpo..naik 44 ko, naik 48 ko kono la qurban ckit. Jamuan berlangsung pado 9 Oktober 2009 yang lalu. Tak ramai dapek hadir kerano ado yang terlibat dengan majlis-majlis lain di tempat lain yang lebih ponting. Tak de halnyo, yang ponting majlis jalan dan jugo timo kasih pado tetamu kehormat termasuk YB Dato' SUK, YB Dato' Peg. Kewangan, YB Dato' LA, YAA Dato' Husin Harun, Tok Mat Hussein, Dato' Borhan Hashim dan ghamai laie la yang tak dapek nyobot nyo.

Gambar-gambar ni courtesy of KPP Bhgn. Pengurusan Masjid. Tqvm boss.

Oghang kuek kito ( Dato' SUK ngan Peg. Kewangan Negeri )

YB Penasihat Undang-Undang (LA). Boss layan baik je....

YAA Dato' Husin Harun ngan En. Kamal Amran....serius ko tu..

Boss : "Aa...ape citer?" soalan standard eh kek sumo orang. Jawab kono copek..boto ko tidak kemudian cito, kalau lambek jawab, siap...he he Slamat Ghaye boss!!



ini la barisan kita, yang sedia......lek ar nol, zahar. tengok cikgu mat kito...cool yo

bincang apo tu Lynn...

Yang posing, posing...yang tak kesah ado yo, janji den dapek makan...posing tak konyang doh..he he..jangan marah aa..

kipeh bang kipeh, kipeh satay buleh, lain jangan aaa...

Slamat Ghaye Aidilfitri pado sumo. Timo kasih atas kerjasamo dan kehadiran sumo...

Program Ramadhan

Salam semua,
Jumpo semulo setelah lamo tak berinteraksi he he....
Ni nak cito-cito ckit pasal program Jabatan kito terlibat dan jayokan, terutamonyo yang melibatkan peringkat nogoghi, yang sey ingek macam maso Ramadhan, maso jamuan Ghayo dan maso pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Besar N.Sembilan yang ke-11 yang lalu.

Program Ramadhan walaupun dah lamo berlalu, kono yo kito cito ckit-ckit maklumlah nyambut Pengarah baru, semangat baru dan macam-macam laie laa.. Mulo eh 31 Ogos 2009 kek Masjid Bndr Baru Senawang,pastu Msjd Sg. Machang Hilir 3 Sept. Msjd Al-Azim, Tmn. Semarak 2, Nilai 4 Sept. Msjd Rasah Jaya 10 Sept dan 13 Sept. kek Msjd. Dato. Klana Petra Sendeng Ampangan...ini sumo-sumo eh MB mari oo. Yang kito nyo lak 7 Sept. kek Msjd.Mendom, Lenggeng pastu Msjd Ulu Yoh, Tampin 8 Sept. dan Msjd Lubuk China 11 Sept. Alhamdulillah....program berjayo walaupun ado la ckit-ckit maselah tompi dapek disolosaikan....

Gambar-gambar ni maso kek Msjd Kampung Mendom.... orang kampung beriyo boto nyambut kito sumo....Alhamdulillah, berkat ramadhan....sojid-sojid lain tak ado gambar la, lupo nak bawak kemera, bawak lak kemera bateri eh kong, tak po la kan...

Fuh...Tuan Pengerusi Badan..sobolah sapo duduk eh tu...