Tuesday, August 5, 2008

Mesyuarat Agong MBJ

Alhamdulillah,mesyuarat yang dijadualkan pada 31 Jun lalu telah berlangsung dalam suasana aman dan harmoni dengan kehadiran kakitangan yang dianggarkan mencapai 70 orang. Mesyuarat ini diserikan lagi dengan kehadiran Pemangku Pengarah JHEAINS, Tn Selamat b Paigo untuk merasmikan pembukaannya. Pemilihan wakil pekerja yang akan membawa permasalahan ke peringkat pentadbiran jabatan telah dibuat dengan beberapa pencalonan serta pengundian yang agak panas...ye ke?

Sesuatu yang agak menyedihkan jika dilihat dari sudut angka kehadiran kakitangan pada mesyuarat kali ini berbanding dengan jumlah sebenar kakitangan JHEAINS. Kelihatan seolah-olah MBJ tidak mempunyai peranan dan kuasa untuk membawa suara pekerja tidak kira tidak kira peringkat Pengurusan mahupun Sokongan. Namun apabila duduk di kedai kopi maupun di tepian jalan maka akan kedengaranlah suara-suara sumbang yang memperkatakan sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan Jabatan mahupun Bahagian. Ini amat menyedihkan kerana pihak-pihak tersebut tidak menggunakan platform yang telah disediakan untuk kepentingan bersama.

Apakah budaya lempar batu sembunyi tangan menjadi pegangan kakitangan jabatan ini..?? Atau sekadar menjadi Sarip Dol yang handal di gelanggang sendiri..?? Entahlah... cakap banyak pun buang air liur je... akhirnya macam tu jugak... bagi yang berminat untuk menaikkan nama Bahagian dan Jabatan, sama-samalah kita menjaga kepentingannya...

~adios~