Thursday, July 10, 2008

MARI MENGHAYUN TANGAN..








Dengan bangganya, Badan Kebajikan akan menganjurkan satu lagi acara bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan kakitangan JHEAINS yang berada diseluruh pelusuk Negeri Sembilan ini. Acara yang dinanti-nantikan kini telah tiba dengan penganjuran pertandingan Bowling Challenge yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 19 Julai 2008.
Masa : Seawal jam 8.00 pagi.

Tempat : Stadium Bowling Negeri, Paroi.


Bagi yang mempunyai bakat terpendam lagi terendam, maka luahkan serta lontarkanlah sekarang demi memajukan sukan jabatan ( tertakluk kepada terma dan syarat ). Macam juga iklan tawaran, promosi serta mana-mana super duper mega power mesti ada SYARAT-SYARATnya. Kalau nak tahu, boleh menghubungi :
1. Pn Noor Fasha bt Mohd Yassin : +6067672225 / +60126538435 ; atau
2. En Muhamed Syamwill bin Mertadza : +6067672757 atau +60193990055...

Kalau terer sangat jom la ....!!!

~ apsal aku tak tau pasal ni aaaaa...mcm kena tinggal je ni...ye laaaahh... ;p

Wednesday, July 9, 2008

Re Shuffle

Ni bukan pasal tarian shuffle tapi pasal pertukaran pegawai-pegawai di jabatan yang telah berlaku mulai 1 Julai yang lalu.. Seramai 5 orang kakitangan yang terlibat dalam penempatan kali ini termasuk 2 orang kakitangan yang baru.. Pemenang-pemenangnya adalah ... hehehe

1. Rozimi b. Zamri - dr Bahagian Pendakwaan ke PAID Jelebu.
2. Ibrahim b. Kasim - dr PAID Jelebu ke Bahagian Penyelidikan.
3. Mohd Murad b. Mohd Yusof - dr Bahagian UUKIs ke Bahagian Penyelidikan.
4. Tengku Nor Iftah b. Tengku Jamil - ke Bahagian UUKIs.
5. Mohammad Hatta b. Ghazali - ke Bahagian Dakwah.


Kepada semua .. "SELAMAT BERTUGAS" ...

~adios~