Tuesday, September 16, 2008

APA ERTINYA ...

Saban hari,minggu,bulan dan tahun kita sering diperingatkan tentang peraturan demi peraturan yang mesti dipatuhi dan diikuti..Dalam bahasa mudahnya, pihak atasan mahu kakitangan yang bertugas dibawah seliaannya lebih berdisiplin serta berhemah ketika bertugas dan cekap melaksanakan tugasan yang diberi..

Namun, bak kata orang dulu-dulu..( bukan aku yang kata ) .. ' dalam setandan pisang tak semuanya elok '..hmmm adatlah kalau ada segelintir umat manusia yang tidak mengerti ( tapi tahu ) apa itu undang-undang serta peraturan yang dibuat demi kebaikan semua pihak.. Reaksi serta tindakbalas yang berbeza dari semua anggota jabatan mahupun individu itu sendiri sering memberikan kesan terhadap jabatan..Ini yang ramai orang sedar dan paham.. untuk itu kita sering diminta untuk taat dan patuh pada peraturan...

Cuma yang kita tak paham ialah disaat sebahagian umat yang menerima padah dan hukuman, ada jugak yang terlepas dari tindakan angkara wujudnya tangan-tangan dari langit yang mencelup ke dalam mangkuk jeluk mencari asam..Ini juga boleh dikenakan tindakan tatatertib tapi pernahkah kita dengar??? Dikala dan saat itu, adalah tidak wajar mengenakan hukuman yang keras kepada mereka yang tidak mempunyai saudara mara maupun kenalan diperingkat pengurusan tertinggi sedangkan pada masa yang sama melepaskan ikan paus berenang-renang ketepian pantai dan merosakkan bot-bot nelayan kecik ..

Apa yang kita mahu ialah kesamarataan dan keadilan pada setiap peringkat tanpa memilih helaian rambut serta jenis kesalahan yang telah mereka lakukan..Apakah hanya anggota peringkat pinggang hingga ke tapak kaki sahaja yang patut memikul beban tanpa perlu melibatkan sama anggota perut ke kepala..?

dheyy!! yaperrdaa kau mengarut ni ...

~adios~

0 comments: