Tuesday, November 4, 2008

SEJENAK BEREHAT ..

M. Nasir feat Malique - Mentera Beradu

Bismillah!

Gerakkan Hati… Hati gerakkan… Pandanglah aku.. aku lah dia..

Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang… peta dah hilang… bangau dah pulang… suara sumbang..

Lidahku kaku tak selicin kuku, teman baikku buku, bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung, berakhir pertelingkahan dalaman, pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang, dilihat dua layang pandang, tak lah sekarang
takat meradang, tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang, main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol, tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat, baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi, positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah, halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya, lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa, testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra, jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan, luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan, gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau, turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau, masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga, kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang, menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang, pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju, risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu, merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja, bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun, naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut, kalau lari mati jika jerut maut

Awan mendung yang berarak, bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul, semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat, lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi, palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju, pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu, himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna….

0 comments: