Friday, May 30, 2008

al Fatihah ..

Pihak Badan Kebajikan JHEAINS merakamkan setinggi-tinggi takziah buat ahli keluarga Pegawai Agama Islam Wilayah Johol, Tuan Radzi bin Abu Hassan atas pemergian ayahandanya yang tercinta pada 29 Mei 2008. Allahyarham Ustaz Abu Hassan bin Sitam meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Tampin Jaya, Tampin.

Allahyarham adalah merupakan seorang yang tidak asing lagi buat warga JHEAINS kerana beliau adalah merupakan bekas kakitangan jabatan ini yang banyak menyumbang jasa dan bakti tanpa mengira penat dan lelah. Antara tugas yang pernah dijalankan oleh allahyarham adalah sebagai guru di Sekolah Agama jabatan ini, bekas Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Tampin, imam serta guru takmir di masjid kariahnya.

Moga rohnya tergolong dalam golongan-golongan mereka yang mendapat syafaat serta rahmat dari Allah s.w.t ... al Fatihah ....

MUSIM HUJAN

Sepanjang musim cuti sekolah bermula ini maka secara kebiasaannya akan kelihatan khemah-khemah didirikan bagi menyambut kedatangan orang baru ke dalam sesebuah keluarga. Majlis perkahwinan rancak diadakan di sana sini dengan kehadiran sanak saudara serta rakan taulan pasti memberikan kemeriahan yang tidak terucap kepada tuan rumah.

Tidak ketinggalan juga bagi kakitangan JHEAINS yang telah dan bakal melangsungkan perkahwinan sepanjang cuti sekolah ini. Antara juga diantara mereka ini yang merupakan bekas ahli Badan ini yang menyambut menantu seperti Puan Hjh Habibah bt Rauf, YAA Dato' Husin b Harun serta Pn Esah bt Sidek.

Manakala ahli baru bagi kelab ahli berkeluarga pula adalah En. Mohd Syamwill bin Mertadza, En. Hisyam bin Aris serta Noor Fasha bt Mohd Yasin ( ingatkan Fasha Sandha ) .. Sekalung TAHNIAH buat pengantin-pengantin baru ... ehem ehem...!! ;p

EURO 2008


Demam bolasepak kembali bermula dengan hadirnya perlawanan yang dinantikan pada tahun 2008 ini. Dengan negara-negara yang layak ke peringkat akhir ini pastinya akan lebih menyuntik semangat peminat-peminat bolasepak ( walaupun tak pandai main ) juga pengulas-pengulas sukan tidak rasmi untuk berjaga sepanjang musim ini serta berceloteh di kedai kopi setiap pagi sepanjang kejohanan ini berlansung dari 7 Jun hinggalah ke perlawanan akhir pada 29 Jun 2008 nanti.

Kemeriahan lebih terasa kalau di lihat bersama rakan-rakan di kedai mamak @ restoran, namun bagi sesetengah orang lebih selesa di rumah bersama tilam dan bantal sendiri. Apapun citarasa mereka ini yang pastinya setiap kali kejohanan ini tiba pasti mengundang reaksi yang meriah dari peminat-peminat kipas susah nak mati ( die hard fan ) negara-negara tertentu. Asalkan minat ini tidak menjejaskan prestasi dan mutu kerja seseorang tidak salah rasanya untuk berjaga sepanjang malam. Jangan pulak nanti ada yang hilang dalam terang waktu bekerja... ;)

Apapun, selamat menonton .. ~adios~


Sunday, May 25, 2008

Majlis Tilawah al Quran

Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan Majlis Tilawah al Quran Peringkat Negeri Sembilan pada 9 - 11 Jun 2008 nanti. Sekarang ni tengah hangat la kut para-para qari/qariah yang bertanding diperingkat daerah.

Dari sudut sejarahnya, Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan yang pertama telah diadakan pada 8 Mac 1960 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1379 Hijrah. Pertandingan yang bersejarah ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman . Kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu telah menghantarkan wakil masing-masing ke pertandingan ini.

Sebenarnya pertandingan membaca al Quran merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan bagi kebanyakan negeri di Tanah Melayu. Menurut sumber dan catatan tertentu, pertandingan membaca al-Quran telah bermula di Negeri Kedah oleh Tunku Abdul Rahman dalam tahun 1951. Kemudian pada tahun 1959 pula beliau telah mengambil daya utama menganjurkan pertandingan membaca al-Quran antara Johor dan Kedah.

Tujuan diadakan pertandingan di peringkat Kebangsaan ini adalah untuk meletakkan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani umat Islam yang berpandukan kitab suci Al-Quran. Amalan ini pula adalah selaras dengan semangat yang terkandung didalam perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Sumber rujukan.

Tuesday, May 20, 2008

MINAM ...

Sedar atau tidak pejabat SUKNS telah mengeluarkan surat pekeliling SUKNS bil. 1/2008 pada 7 April 2008 yg menyatakan peraturan waktu makan/minum pagi semasa waktu bekerja. Mungkin ini cara yg dirasakan terbaik untuk mengawal kakitangan kerajaan di N9 ini yg gemar keluar beramai-ramai tanpa ada yg bertugas di pejabat menanti pelanggan yg dtg.

Apa yg perlu dilakukan oleh kakitangan JHEAINS ialah mematuhi peraturan ini demi kebaikan bersama dan menyokong hasrat Dato' SUK kita yang mahukan perubahan minda dan cara bekerja dibuat yang akhirnya akan menyenangkan semua pihak juga.

Boleh lihat pekeliling di SINI

~adios~

Tuesday, May 13, 2008

AJK 2008

Dalam sibuk nak buat blog ni lupa nak perkenalkan ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi sessi 2008 ni...Setelah mesyuarat agong kelima dijalankan pada 27 Mac 2008 di Pusat Dakwah Islamiah maka inilah comittee yg diundi,disokong serta memenangi UNDI yang terbanyak...

Penaung
Pengarah JHEAINS
En. Selamat b Paigo

Pengerusi
En. Ahmad Husaini b Dato' Hj Mustapha

Timbalan Pengerusi
En. Abd Halim b Sulaiman

Setiausaha
Cik Norfadzilah bt Abd Ghani

Penolong Setiausaha
En. Rozimi b Zamri

Bendahari
En. Zamri b Sinin

AJK
En. Mohd Hanif b Jalil

AJK
En. Wan Mohd Husni b Hj. Abdullah

AJK
En. Abd Razak b Mohd Ali

AJK
En. Mohd Syamwill b Mertadza

AJK
En. Zakaria b Ma'ani
En. Jamil b Ahmad

Pemeriksa Kira-kira I
En. Amir b Mohd Nor

Pemeriksa Kira-kira II
En. Ridzuan b Hamzah

AJK Tambahan
Tn. Hj Mohd Rushdan b Ab Hamid
Pn. Siti Noorain bt Yusof
Cik Rozlyn bt Rozali
Cik Noor Fasha bt Mohd Yassin

Kepada AJK sessi 2007,pihak jawatankuasa merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan tindakan yang telah pun dilakukan pada tahun lepas ... ~adios~

Monday, May 12, 2008

Mini Sukan

Syukur..segala perancangan berjalan dengan lancar dan mengikut seperti mana yang telah dirancangkan... sepak mula telah dibuat oleh Pengerusi Badan Kebajikan pada tepat jam 9 pagi..acara futsal disertai seramai 15 team dan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan manakala bola jaring disertai seramai 7 team dan dibahagikan kepada 2 kumpulan..
Pengerusi bersama dengan KPP Khidmat Pengurusan

Pendek cerita, futsal dimenangi oleh Penguatkuasa ( tu pun main lambung duit , boleh la ) dan naib johan oleh SMA Dato Hj Tan Ahmad ... bola jaring pula dijuarai oleh MAINS manakala naib johan oleh Penguatkuasa..( pun diaorang gak ... power!! )
Ni dia muka-muka champion ..

Lagi gambar boleh dilihat dalam fotopages.. sila klik di SINI ...

Friday, May 9, 2008

Intro ..

Assalamualaikum ...
alhamduliLlah, dalam kesibukan tugas akhirnya blog ini berjaya juga dibuat untuk menyediakan satu platfom bagi menyiarkan apa-apa aktiviti serta pengumuman terhadap apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh pihak jawatankuasa kepada ahli-ahli Badan Kebajikan JHEAINS.

Badan Kebajikan JHEAINS adalah merupakan satu platfom bagi kakitangan jabatan ini untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, rekreasi dan riadhah. Sehingga kini kepimpinan badan ini telah diterajui oleh beberapa individu yang begitu kompeten dan komited untuk menaikkan nama jabatan ini diperingkat negeri dengan menyertai beberapa aktiviti sukan diperingkat negeri dan negara. Walaupun dengan keahlian yang tidak begitu ramai namun badan ini berjaya melaksanakan setiap program dengan jayanya serta adalah diharapkan kesungguhan dan keprihatinan ahli-ahli yang ada ini dapat menarik minat warga kerja JHEAINS yang lain untuk menjadi ahli badan ini.

Sebagai permulaan, satu program riadhah telah diatur untuk merapatkan hubungan kekeluargaan warga kerja JHEAINS pada bulan Mei ini. Adalah diharapkan perlawanan futsal dan bola jaring antara agensi agama yang berada di Negeri Sembilan ini dapat menjadi satu wadah iklan kepada seluruh kakitangan bahawa badan ini masih wujud dan relevan untuk diteruskan demi kebaikan semua pihak.

Adalah diharapkan pada masa yang akan datang setelah beberapa perkara dalam perlembagaan badan ini berjaya dipinda serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan maka segala perancangan yang telah diatur akan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun. wassalam -n-