Thursday, October 23, 2008

JHEAINS : Edisi Raya lah Pulak

Tak de apa nak cerita..biarlah gambar yang menjelaskan segala-galanya .. hehehe.. apa yang penting, kerjaaaasama.. eh! wonderpets lah pulak, silap.. yang penting majlis berjalan lancar dan teratur serta telah pun selesai dengan jaya lagi machonya..

starting.. gambar blur.. samada camera tak bleh terima aksi model atau pun camerawoman gubra agak eh...

masih lagi sempat melaram dengan baju raya tahun ini..

ehh!! pengarah dah sampaii... cepat..cepat ..

hehehe..acah je tu.... 1.. 2.. 3.. cheese..

setakat posing depan periuk tak payah lah... :p

sama gak nih.. aksi yang dilakonkan semula cara-cara menuang air kosong..


lopeh bergambar minum plak skit.. semua pun boleh... hehehe
asyik posing ngan gelas yo.. asal bergambar ado la gelas.. kok iyo pun lotak la kojap haa..
ehh.. apa tuu.. makan..makanan.. memakan..

makan lagi.. lagi-lagi makan..

apsal semua orang asyik makan je ni..???

apa punya turr la hang.. dah nama jamuan raya, tobat ada makan.. hehehe

apa pun terima kasih kepada empunya kamera merangkap gambar iaitu Pn Sri Siti Noorain bt Yusof yang sudi meminjamkan gambar koleksi beliau untuk tatapan anda semua di blog ini.. ( patutlah asyik gambar kau je yang banyak )...

teka-teki : apa kaitan dua orang kakitangan di bawah ini ..??


Anda tak puas tengok gambar..?? Nak tengok lagi selebihnya..?? sila klik di SINI .. thanks Ain..

~adios~

Tuesday, October 21, 2008

APA LAGI KECOH..??

Selesai sudah jamuan yang diadakan pada 17 Oktober 2008 lepas..segala penat lelah yang ditaburkan oleh semua yang terlibat seperti berbaloi dengan kemeriahan serta kehadiran tetamu VVIP terutamanya YAB Menteri Besar Ng Sembilan serta YB Setiausaha Kerajaan Ng Sembilan, YB SS Mufti Kerajaan Ng Sembilan dan YAA Ketua Hakim Syarie Ng Sembilan.. Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis kami ini..

Pihak Badan Kebajikan juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga JHEAINS yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ini khususnya Bahagian Khidmat Pengurusan yang sudi menjadi urusetia induk pada kali ini.. Tidak lupa kepada Abang Besar ( taukey ) yang bersusah payah sejak dari awal iaitu En Mohd Puad b Mohamad Nordin yang bersungguh-sungguh menjayakan majlis ini..Sodap kari kambing tu aiihh...superb..!!

Seperti biasa, manusia..dah nama pun manusia memang susah nak membulatkan pemikiran..lain la air kan..masuk dalam pembentung terus jadi bulat..Sukalah pihak kami ingin bertanya ;
1. Apakah majlis ini suatu kesalahan untuk diadakan pada masa waktu pejabat?
2. Apakah majlis ini telah mengganggu tugas hakiki seseorang pegawai, apatah lagi boleh menjejaskan prestasi kerjanya?
3. Apakah majlis ini tidak boleh diadakan langsung kerana berlawanan dengan etika kerja?

Kepada manusia-manusia ( rasanya sorang je kut,hehehe ) yang berfikiran sempit, jumud dan cetek seperti itu dapatlah membuka minda serta memikirkan sedikit di luar batasan kotak.. Jangan jadi pasif serta bekerja macam robot.. Isu ini pun dah dinyatakan sebelum ini.. BACA lah .. Kalaulah ianya sedemikian, maka bak kata 'Abah' , lepas ni kalau ada kematian kenalah buat solat jenazah pada jam 1-2 ptg (waktu rehat) ataupun lepas waktu bekerja iaitu jam 5.30 ptg.. ye lah,mana boleh gi solat jenazah..ada kerja HAKIKI yang perlu dibuat di pejabat..

Lagi satu, kepada pentadbir-pentadbir jajahan luak masing-masing..!! Ikutlah apa yang telah diputuskan oleh mesyuarat.. dalam mesyuarat kemain lagi mengangguk bersetuju tapi akhirnya tidak disusuli dengan tindakan yang selari..
Masing-masing tak punya dana tapi masih ramai yang boleh jugak menyumbang.. ?? Kenapa kita gagal sedemikian..???
Begitu jugak kita harus utamakan induk..Jangan kerana kita ada majlis maka yang induk tidak dipedulikan..??
Besar sangatkah nilai yang diminta berbanding dengan pulangan moral yang kita dapat??
Saploh hengget pun berkira ka bai..?? Time makan tak de pulak malu..??

ahh.. lantak lah korang.. dah nama pun manusia ... apa boleh buat.. dok gitu.???

~adios~

Tuesday, October 14, 2008

NIKE ..

Aku pun tak tau nak cakap cmna lagi..Memang tak de la jelas sangat kalimah Allah tertera di belakang kasut ni tapi kalau dah nama dakyah kuffar ni dia akan buat pelbagai perkara hingga kita tidak lagi peka dan sensitif terhadap perkara-perkara kecil sebegini..Cantas sebelum dia tumbuh..

Renung-renungkan dan selamat beramal ... :)

~adios~

SANTAI ...

Two men were on a plane on a business trip when a Muslim couple boarded the plane and were seated right in front of them.


The two men eager to have some fun (with couple), started talking loudly. "My Boss is sending me to Saudi Arabia ", the one said, "But I don't want to go...too many Muslims there!"


The Muslim couple noticeably heard and grew uncomfortable!


The other guy laughed, "Oh, yeah, my boss wanted to send me to Pakistan but I refused...WAY too many Muslims!" Smiling, the first man said,


"One time I was in Iran but I HATED the fact that there were so many Muslims!"


The couple fidgeted!


The other guy responded, "Oh, yeah...you can't go ANYWHERE to get away from them...the last time I was in FRANCE I ran into a bunch of them too!"


The first guy was laughing hysterically as he added, "That is why you'll never see me in Indonesia ...WAY too many Muslims!"


At this, the Muslim man turned around and responded politely,


"May I help you people"? "Why don't you go to Hell?" he said, "I heard there's NO Muslim THERE! For sure".


:D

~adios~

Monday, October 13, 2008

TAHNIAH dan PENGHARGAAN

Pihak Badan Kebajikan ingin merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada 2 orang kakitangan JHEAINS yang telahpun dinaikkan pangkat ke Gred S48 baru-baru ini. Mereka tersebut ialah :-

1. En Mohd Fadzil b Hj Abu Kassim - ke ILIM.
2. Tn Hj Ahmad Husaini b Dato Hj Mustapha - ke KESUMA, JAKIM.

Didoakan semoga beroleh kejayaan dan kemudahan apabila bertugas di tempat yang baru nanti. Disamping itu juga ucapan PENGHARGAAN kepada mereka atas sumbangan tidak ternilai yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di JHEAINS ini.

= kok dah joki tak kemano deh....

~adios~