Tuesday, June 10, 2008

YA AHLEIN

Pihak Badan Kebajikan JHEAINS mengucapkan "Selamat Datang" kepada kakitangan baru yang telah melapor diri ke Jabatan ini mulai bulan Jun ini. Mereka-mereka ini ialah :-

1. Tuan Kamal Bashah b Dato' Ahmad Tajuddin (LS48) dari Biro Bantuan Guaman, Putrajaya.
2. Tengku Nor Iftah b Tengku Jamil (S41) , lantikan baru.
3. Muhammad Hatta b Ghazali (S41) , lantikan baru.

Selamat Datang dan Selamat Bertugas di JHEAINS...


err..ada lagi ke staff baru yang lain..???

Bajet 08

Sepanjang minggu lepas hingga ke hari ini masih ramai yg memperkatakan tentang kesan kewangan masing-masing hasil dari kenaikan minyak yang tak terduga mendadaknya. Walaupun pada awalnya bayangan kenaikan ini dijangka berlaku pada bulan Ogos, namun pengumuman yg dibuat bagai menyentak jantung setiap orang.

Dengan jumlah kenaikan yg diumumkan, memang susah minyak naik ni. Bagi yang bergaji besar atau ada pendapatan sampingan mungkin tidak terasa sangat dengan kenaikan ini. Namun sebahagian besar dari kita amat-amat terasa setelah beberapa kenaikan yang lain telah terjadi seperti naiknya harga beras,tepung,gula dan bahan-bahan mentah yang lain.. Ayam pun mahal sekarang...Sudahnya nanti ramai yang naik minyak .. :p

Mungkin setiap orang telah ada perancangan tersendiri bagi mengurus belanjawan masing-masing..Kedengaran ada yang ingin membeli motor,nak pasang NGV,nak pool kereta malah ada jugak yang nak naik bas semula..Silap gaya harga-harga ni pun naik jugak sebab permintaan yang banyak..

Dari sudut pandangan yang berbeza seperti ada hikmah disebalik kenaikan harga minyak ni. Barangkali ia mengajar kita untuk lebih berjimat cermat dalam berbelanja serta menjadi pengguna yang bijak serta berhemah. Kalau sebelum ini sering menukar henpon walaupun tak rosak maka mulai sekarang pakailah sampai hancur...Bagi yang gemar bersiar-siar tanpa haluan tu mungkin akan sentiasa duduk kat pejabat je lepas ni.. :D

err..bagi yang layak jangan lupa claim rebet sebanyak rm625.00 telah dipercepatkan kepada Sabtu ini 14 Jun 2008..

Friday, May 30, 2008

al Fatihah ..

Pihak Badan Kebajikan JHEAINS merakamkan setinggi-tinggi takziah buat ahli keluarga Pegawai Agama Islam Wilayah Johol, Tuan Radzi bin Abu Hassan atas pemergian ayahandanya yang tercinta pada 29 Mei 2008. Allahyarham Ustaz Abu Hassan bin Sitam meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Tampin Jaya, Tampin.

Allahyarham adalah merupakan seorang yang tidak asing lagi buat warga JHEAINS kerana beliau adalah merupakan bekas kakitangan jabatan ini yang banyak menyumbang jasa dan bakti tanpa mengira penat dan lelah. Antara tugas yang pernah dijalankan oleh allahyarham adalah sebagai guru di Sekolah Agama jabatan ini, bekas Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Tampin, imam serta guru takmir di masjid kariahnya.

Moga rohnya tergolong dalam golongan-golongan mereka yang mendapat syafaat serta rahmat dari Allah s.w.t ... al Fatihah ....

MUSIM HUJAN

Sepanjang musim cuti sekolah bermula ini maka secara kebiasaannya akan kelihatan khemah-khemah didirikan bagi menyambut kedatangan orang baru ke dalam sesebuah keluarga. Majlis perkahwinan rancak diadakan di sana sini dengan kehadiran sanak saudara serta rakan taulan pasti memberikan kemeriahan yang tidak terucap kepada tuan rumah.

Tidak ketinggalan juga bagi kakitangan JHEAINS yang telah dan bakal melangsungkan perkahwinan sepanjang cuti sekolah ini. Antara juga diantara mereka ini yang merupakan bekas ahli Badan ini yang menyambut menantu seperti Puan Hjh Habibah bt Rauf, YAA Dato' Husin b Harun serta Pn Esah bt Sidek.

Manakala ahli baru bagi kelab ahli berkeluarga pula adalah En. Mohd Syamwill bin Mertadza, En. Hisyam bin Aris serta Noor Fasha bt Mohd Yasin ( ingatkan Fasha Sandha ) .. Sekalung TAHNIAH buat pengantin-pengantin baru ... ehem ehem...!! ;p

EURO 2008


Demam bolasepak kembali bermula dengan hadirnya perlawanan yang dinantikan pada tahun 2008 ini. Dengan negara-negara yang layak ke peringkat akhir ini pastinya akan lebih menyuntik semangat peminat-peminat bolasepak ( walaupun tak pandai main ) juga pengulas-pengulas sukan tidak rasmi untuk berjaga sepanjang musim ini serta berceloteh di kedai kopi setiap pagi sepanjang kejohanan ini berlansung dari 7 Jun hinggalah ke perlawanan akhir pada 29 Jun 2008 nanti.

Kemeriahan lebih terasa kalau di lihat bersama rakan-rakan di kedai mamak @ restoran, namun bagi sesetengah orang lebih selesa di rumah bersama tilam dan bantal sendiri. Apapun citarasa mereka ini yang pastinya setiap kali kejohanan ini tiba pasti mengundang reaksi yang meriah dari peminat-peminat kipas susah nak mati ( die hard fan ) negara-negara tertentu. Asalkan minat ini tidak menjejaskan prestasi dan mutu kerja seseorang tidak salah rasanya untuk berjaga sepanjang malam. Jangan pulak nanti ada yang hilang dalam terang waktu bekerja... ;)

Apapun, selamat menonton .. ~adios~