Tuesday, October 7, 2008

ULAMA SILAM TIDAK DIHARGAI..??

Dalam pada membaca beberapa laman blog, maka terlihatlah pada pandangan ini kenyataan yang agak panas untuk direnungi oleh JHEAINS.. Apakah ini satu tanggungjawab atau tugas atau sekadar kerja tambahan..?? Namun, agak baik untuk dihayati bersama ...

Klik SINI dan SINI


renung-renungkan dan selamat beramal......


~adios~

Saturday, October 4, 2008

KHUSUS BUAT BOS..

ehem..ehem..

dah raya ni bos..takkan senyap je....aisehhh..



TIBA MASANYA


Sekarang tiba la pulak masa untuk bekerja..

Kalau sebelum ini puasa sering dijadikan alasan untuk berehat serta bersantai dari membuat pekerjaan yang berat, maka dah tamat puasa ni boleh la kita sama2 buat apa yang tertinggal sebelum ini. Namun tak semua yang bersikap demikian. Masih ramai warga kerja yang begitu rajin di bulan puasa yang lalu membuat pelbagai program termasuk la bermesyuarat. hehee.. ada ke mesyuarat time puasa-puasa tu..??? adaaaa wooo ....

Lepas ni sibuk la pulak ngan rumah terbuka, pejabat terbuka dan macam2 yang terbuka..Tak de la pulak salah eh buat tu malah digalakkan mengadakannya demi perpaduan dan kebaikan bersama.. tak lupa juga pada tahun ini JHEAINS akan sama2 mengadakan jamuan raya untuk warga kerjanya dengan diurusetiakan oleh Badan Kebajikan serta Bahagian Khidmat Pengurusan.

Apa yang sangat2 diharapkan dari warga kerja JHEAINS adalah sumbangan terutamanya dalam bentuk wang ringgit.. Sumbangan tersebut boleh la disalurkan melalui bahagian,sekolah dan PAID masing2..Walaubagaimanapun, kehadiran tuan2 dan puan2 pada acara itu nanti lebih diharapkan kerana dapat saling berkenalan sesama kita serta mengeratkan perpaduan dikalangan warga kerja JHEAINS..

InsyaAllah, jika tiada aral melintang jamuan raya ini bakal diadakan pada 17 Oktober 2008 ( Jumaat ) .. moh la datang...

~adios~

Friday, September 26, 2008

Halatuju Badminton Negara

Dalam Utusan Malaysia Online hari ini melaporkan bahawa negara bakal kehilangan 3 orang pemain badminton senior yang akan bersara atas faktor-faktor tertentu..Biasalah,dah lama sangat pun diaorang ni berjuang dan masih tak jumpa-jumpa pelapis-pelapis baru walaupun saban tahun kita mendengar dan melihat begitu banyak acara badminton dipertandingkan samada peringkat estet maupun bandar..

Petikan :-
"KUALA LUMPUR - Pembentukan wajah baru skuad badminton Malaysia bakal bermula dari sekarang apabila tiga pemain senior yang selama ini menjadi tunjang dan anggota tetap pasukan berundur, sekali gus memberi laluan kepada pemain-pemain muda.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini bakal mengumumkan persaraan tiga pemain yang amat berpengaruh dalam arena badminton tanah air dan antarabangsa iaitu beregu handalan, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah serta jaguh perseorangan, Wong Choong Hann.

Pengunduran ketiga-tiga pemain tersebut, yang telah memberi sumbangan besar kepada Malaysia dan sering membawa cabaran negara dalam kejohanan utama seperti Sukan Olimpik, Piala Thomas, Sukan Asia serta Kejohanan Dunia, disahkan oleh pengurus besar BAM, Kenny Goh, semalam.

..."

Pada hari yang sama jugak dilaporkan pasukan negara juga tewas pada kebanyakan pesertanya dalam kejohanan China Masters di Changzhou. Ntah la apa nak jadi ngan sukan ni. Macam yoyo pun ada..tak sampai sebulan Lee Chong Wei dapat gelaran Datuk, tewas pulak apabila menyerah mudah kepada pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 17-21, 11-21 dalam Japan Masters dalam perlawanan akhir. Asyik dapat Naib Johan je nih ... best agak eh jadi no 2 ni... camana tu Tuan 02..???? :)

Bang Elias kita tak nak bersara ke..???

~adios~

Tip Nak HACK Petrol Pam

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... masa-masa tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah.. dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.52 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......


1. Korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapapun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik hargakat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV


2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.


3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau)yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la


4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi


5. then korang tekan enter - 3x


6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka


7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi


8. tekan butang clear - 2x


9. Then korang tekan berapa puluh korang nak isi


10. Tekan enter lepas dah masukkan nilai isian ...




pastu...





supervisor petrol pam akan jumpa korang




"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... tak de keje lain ker...!!!!"


Hehehehehe..

CnP from here

~adios~