Monday, September 15, 2008

NTAH LA LABU..

Sekali imbas macam tak de apa-apa je kat atas ni..Ayat biasa,tatabahasa betul ( agaknya la kut ), gambar belakang tu ok je..senang cakap tak de apa-apa pun..Dah tu, apa masalahnya kat sini?!?!?!!!!!!!!!! ... memokak yo lahhh ..

Haa..

Yang aku nak cakap ni ialah tentang fakta yang menyatakan ada laman web palsu yang diterbitkan oleh individu-individu tertentu..bagi aku kat sini ada beberapa isu, samada;

1. Laman web itu memang palsu yang diterbitkan oleh individu yang tak bertanggungjawab..???
2. Laman web itu memang palsu jugak tapi diterbitkan oleh individu saja suka-suka buat..???
3. Laman web itu benar tapi individu yang buat laman itu tidak boleh dipertanggungjawabkan..???
4. Laman web itu benar tapi individu yang buat laman itu tidak berkelayakan untuk menerbitkannya..???
5. Laman web tu sebenarnya tak de tapi saja je nak nafikan jugak ...??
6. Individu atau individu-individu ( sorang ke ramey-ramey nih..?? ) itu pun ntah ada ke tak de ..??

Apa maksud laman web??atau apa saja yang tersiar kat internet ni dipanggil laman web..??Laman Web ni ialah .. eerrrr... err .. aku tak tau sebab memang aku tak tau..hehehe

...hmm.. aku sendiri tak pasti yang mana satu isu sebenar penafian yang dinyatakan ini...sepanjang aku kerja kat jabatan ni,tak pernah aku jumpa satu pun yang boleh ditakrifkan sebagai LAMAN WEB JHEAINS..puas la aku searching kat yahoo ngan google..ntahlaa..

Penafian sebegini akan memberi impak yang kurang manis pada jabatan dari surfers yang masuk ke laman itu..seolah-olah ada individu tertentu yang mempunyai niat jahat terhadap jabatan serta berusaha untuk memburuk-burukkan pihak jabatan..Apakah ada laman yang sedemikian..?? atau memang benar ada segelintir manusia di luar sana yang tidak berpuashati dengan jabatan ini..?? mohon ditunjukkanlah wahai simambaaaanngggggg .....

bikallim eih ya khawwal ...????

~adios~

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah..diam tak diam dah masuk semula Ramadhan dan dah nak separuh bulan pun tatkala rencana ini ditaip..Dah lama tak menulis di ruangan ini dan sememangnya kekangan masa bebanan kerja yang bertambah menyukarkan lagi keadaan kali ini.. ( tak de sapa ke nak bagi input / info kat aku sekrg ni..??atau aku yg malas mencari?? )

Banyak isu dan perkara yang berlaku sekarang ini.. semua orang dah pandai bercakap dan bersuara menyatakan pandangan masing-masing walaupun majoritinya berani cakap kat belakang je.. Depan2 bukan main baik lagi.. pijak semut pun tak mati..Namun the bottom line kat sini ialah perkara ini memberi petunjuk bahawa rakyat malaysia bukan lagi golongan yes man yang kaan mengiyakan sahaja segala isu yang diterima..

Perkara kedua yang berlegar dalam benak pemikiran dikala ini ialah berkaitan dengan perlaksanaan peraturan pentadbiran..bukanlah nak menafikan kebaikan serta kewajaran perlaksanaannya,cuma apa yang patut dipertimbangkan..kepada bos-bos tu janganlah terlalu rigid bonar macam mesin..Bukan nak mempertikaikan peraturan, cuma hanya meminta sedikit ruang budi bicara dan ehsan sesekali dan bukannya selalu..

Sebagai contoh, kad perakam waktu.. Lewat 1 minit tetap akan dikira lambat dan warna akan bertukar 'merah'..namun bagi aku sepatutnya pulak kalau balik lewat samada seminit, 30 minit atau sejam kena ada mesin yang mencetak "Terima kasih kerana telah menggantikan kelewatan pada pagi tadi" atau pun "Kelewatan anda pada pagi tadi tidak dikira" atau "Terima kasih kerana lewat pulang demi kepentingan jabatan" dan sebagainya. Tentulah tak de mesin yg mcm tu..namun sebagai manusia kita perlu ada sedikit ruang budi bicara untuk anak buah..

Sebagai perbandingan kita lihat fungsi lampu isyarat jalanraya..jutaan ringgit dibelanjakan bagi membina lampu isyarat hanyalah semata-mata bagi menguruskan sistem lalu lintas agar lebih teratur. Keberkesanannya membantu kerajaan dan rakyat menjimatkan masa dan wang ringgit ( ye la,kok eksiden kang kono bayar macam-macam ) ..

AKAN TETAPI , kenapa in certain time mcm bila waktu kemuncak akan kelihatan bapak-bapak polisi yang mengawal lalulintas overule lampu isyarat ni? Tidak lain hanya lah semata-mata at that moment human decision is more important which is a machine can't do. Sebab tu kita tak boleh dan jangan bertindak macam mesin..kerana mesin tak de perasaan dan akal pemikiran ( senang cakap tak de otak la ) .. jangan marah aaaa .. nanti batal puasa .. :D

~adios~

Tuesday, August 5, 2008

Mesyuarat Agong MBJ

Alhamdulillah,mesyuarat yang dijadualkan pada 31 Jun lalu telah berlangsung dalam suasana aman dan harmoni dengan kehadiran kakitangan yang dianggarkan mencapai 70 orang. Mesyuarat ini diserikan lagi dengan kehadiran Pemangku Pengarah JHEAINS, Tn Selamat b Paigo untuk merasmikan pembukaannya. Pemilihan wakil pekerja yang akan membawa permasalahan ke peringkat pentadbiran jabatan telah dibuat dengan beberapa pencalonan serta pengundian yang agak panas...ye ke?

Sesuatu yang agak menyedihkan jika dilihat dari sudut angka kehadiran kakitangan pada mesyuarat kali ini berbanding dengan jumlah sebenar kakitangan JHEAINS. Kelihatan seolah-olah MBJ tidak mempunyai peranan dan kuasa untuk membawa suara pekerja tidak kira tidak kira peringkat Pengurusan mahupun Sokongan. Namun apabila duduk di kedai kopi maupun di tepian jalan maka akan kedengaranlah suara-suara sumbang yang memperkatakan sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan Jabatan mahupun Bahagian. Ini amat menyedihkan kerana pihak-pihak tersebut tidak menggunakan platform yang telah disediakan untuk kepentingan bersama.

Apakah budaya lempar batu sembunyi tangan menjadi pegangan kakitangan jabatan ini..?? Atau sekadar menjadi Sarip Dol yang handal di gelanggang sendiri..?? Entahlah... cakap banyak pun buang air liur je... akhirnya macam tu jugak... bagi yang berminat untuk menaikkan nama Bahagian dan Jabatan, sama-samalah kita menjaga kepentingannya...

~adios~

Thursday, July 10, 2008

MARI MENGHAYUN TANGAN..








Dengan bangganya, Badan Kebajikan akan menganjurkan satu lagi acara bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan kakitangan JHEAINS yang berada diseluruh pelusuk Negeri Sembilan ini. Acara yang dinanti-nantikan kini telah tiba dengan penganjuran pertandingan Bowling Challenge yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 19 Julai 2008.
Masa : Seawal jam 8.00 pagi.

Tempat : Stadium Bowling Negeri, Paroi.


Bagi yang mempunyai bakat terpendam lagi terendam, maka luahkan serta lontarkanlah sekarang demi memajukan sukan jabatan ( tertakluk kepada terma dan syarat ). Macam juga iklan tawaran, promosi serta mana-mana super duper mega power mesti ada SYARAT-SYARATnya. Kalau nak tahu, boleh menghubungi :
1. Pn Noor Fasha bt Mohd Yassin : +6067672225 / +60126538435 ; atau
2. En Muhamed Syamwill bin Mertadza : +6067672757 atau +60193990055...

Kalau terer sangat jom la ....!!!

~ apsal aku tak tau pasal ni aaaaa...mcm kena tinggal je ni...ye laaaahh... ;p

Wednesday, July 9, 2008

Re Shuffle

Ni bukan pasal tarian shuffle tapi pasal pertukaran pegawai-pegawai di jabatan yang telah berlaku mulai 1 Julai yang lalu.. Seramai 5 orang kakitangan yang terlibat dalam penempatan kali ini termasuk 2 orang kakitangan yang baru.. Pemenang-pemenangnya adalah ... hehehe

1. Rozimi b. Zamri - dr Bahagian Pendakwaan ke PAID Jelebu.
2. Ibrahim b. Kasim - dr PAID Jelebu ke Bahagian Penyelidikan.
3. Mohd Murad b. Mohd Yusof - dr Bahagian UUKIs ke Bahagian Penyelidikan.
4. Tengku Nor Iftah b. Tengku Jamil - ke Bahagian UUKIs.
5. Mohammad Hatta b. Ghazali - ke Bahagian Dakwah.


Kepada semua .. "SELAMAT BERTUGAS" ...

~adios~