Salaam semua,
Bertemu semula setelah lame menyepi atas sebab-sebab yang tidak dielakkan. Pada 16 Mac 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Badan kali ke 8 dan berlaku perubahan dalam AJK Badan seperti di bawah :-
Pengerusi : Encik Abd. Halim bin Sulaiman
Timbalan Pengerusi : Encik Ahmad Husaini bin Hj. Mustafa
Setiausaha : Encik Mahmud Fauzi bin Md. Taba
Penolong Setiausaha : Puan Norafizah bt. Kamarudin
Bendahari : Encik Zamri bin Sinin
AJK : 1) Encik Mohd. Zakuan bin Mohd. Yusof
2) Encik Muhammad Amir bin Abdullah
3) Puan Rosesaminah bt. Md. Thani
4) Puan Tuty Darlis bt.Nasaruddin
5) Encik Mohd. Khidir bin Mansor
6) Encik Mohd. Al-Hafid bin Ismail
Pemeriksa Kira-kira: 1) Puan Rozana bt. Mohd. Yusof
2) Encik Firdaus bin Taslim
- semoga dapat berkhidmat dengan memuaskan dan berjaya.
Tuesday, May 10, 2011
Salaam
Posted by Penulis at 11:49 AM 0 comments
Thursday, November 5, 2009
Salaam.....
Panggilan Haji telah tiba lagi, menunaikan ibadah panggilan Baitullah.
Tanah suci Mekah hiya Makkatul Mukarramah.
Hari ini juga mengingatkan kita dengan sanak saudara, rakan-rakan yang dapat pergi menunaikan Haji ke Baitullah. Satu tawaran yang tidak mahu dilepaskan walau diganti dengan apa-apa pun melainkan dijemput oleh Allah ke sisiNya. Walau suasananya agak getir dan perit, dengan cuacanya, orang yang ramai terdiri dari berbagai jenis dan kebudayaan dan macam-macam lagi yang akan dihadapi, namun ia akan menambahkan lagi kekuatan keimanan
kepada Allah. Suasana Ibadah Haji juga untuk kita menilai Islam dari senario Global, Islam bukan sekadar hak satu-satu kaum atau bangsa tetapi hak semua makhluk Allah di muka bumi ini.
Di Jabatan kita, JHEAINS, ada juga kakitangan kita yang dapat tawaran ini . Semoga dapat Haji yang Mabrur dan hadiah seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah, pulangnya nanti bak bayi yang baru lahir, suci dari segala dosa.
Labbaikalla humma Labbaik, Labbaikala syari kala kalabbaik.
Salaam.....
Posted by Penulis at 2:10 PM 0 comments
Thursday, October 29, 2009
Pertabalan DYYM Yang Di-Pertuan Besar N.Sembilan
Puasa sudah, ghaye sudah, ngundi pun sudah. Tibo lah maso yang ditunggu dek rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu Pertabalan Rajo kito.
Alhamdulillah....26 Oktober 2009 yang lalu, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah ditabalkan sebagai DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke-11. Meriah and happening boto kek Seri Menanti sejak 19 Oktober laie. Jabatan kito telah diamanahkan 2 acara besar bersempena istiadat tu iaitu nyo Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat pada 22 Oktober 2009 di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti dan Forum Perdana pada 23 Oktober 2009 di Padang Awam Seri Menanti. Majlis Bacaan Yasin dipimpin oleh Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dimano DYMM dan Tuanku Ampuan berangkat hadir. Kejosamo kakitangan JHEAINS amat dihargai dan disanjungi oleh urusetia majlis ini iaitu Bhgn. Pengurusan Masjid dan Surau (BPMS), kalau tidak....poghit juo. Kehadiran membanggakan terutama maso makan, ponoh kawasan Dewan Tunku Ampuan Najihah....
Forum lak....amat membanggakan walaupun tanpa kehadiran DYMM tetapi di hadiri oleh anakando nyo, Tunku Zain Al 'Abidin. Panel-panel kito ialah Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dan Yang Di-Pertua YADIM. Moderator nyo Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Bodontum bang...PA sistem pakai stage utama nyo untuk konsert. kacang dek budak-budak PA buek setting sound...tompi kono deh mulo-mulo tu, mic tak function, nasib baik mic wireless ado..VIP dah sampai, MC tak dapek cakap (mic tak function), Timbalan PAID Pilah comeh lak menarak MC...lek tuan, bondo tak sangko jadi. Padahal sobolom tu MC dah test, OK. Tompi tu la kan, kuasa Allah. Selain tu banyak laie program yang dijalankan sempeno istiadat ni, boleh nengok kek website kerajaan Nogoghi.
Posted by Penulis at 5:10 PM 0 comments
Gambar-gambar ni courtesy of KPP Bhgn. Pengurusan Masjid. Tqvm boss.
Posted by Penulis at 3:13 PM 0 comments
Program Ramadhan
Salam semua,
Jumpo semulo setelah lamo tak berinteraksi he he....
Ni nak cito-cito ckit pasal program Jabatan kito terlibat dan jayokan, terutamonyo yang melibatkan peringkat nogoghi, yang sey ingek macam maso Ramadhan, maso jamuan Ghayo dan maso pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Besar N.Sembilan yang ke-11 yang lalu.
Program Ramadhan walaupun dah lamo berlalu, kono yo kito cito ckit-ckit maklumlah nyambut Pengarah baru, semangat baru dan macam-macam laie laa.. Mulo eh 31 Ogos 2009 kek Masjid Bndr Baru Senawang,pastu Msjd Sg. Machang Hilir 3 Sept. Msjd Al-Azim, Tmn. Semarak 2, Nilai 4 Sept. Msjd Rasah Jaya 10 Sept dan 13 Sept. kek Msjd. Dato. Klana Petra Sendeng Ampangan...ini sumo-sumo eh MB mari oo. Yang kito nyo lak 7 Sept. kek Msjd.Mendom, Lenggeng pastu Msjd Ulu Yoh, Tampin 8 Sept. dan Msjd Lubuk China 11 Sept. Alhamdulillah....program berjayo walaupun ado la ckit-ckit maselah tompi dapek disolosaikan....
Gambar-gambar ni maso kek Msjd Kampung Mendom.... orang kampung beriyo boto nyambut kito sumo....Alhamdulillah, berkat ramadhan....sojid-sojid lain tak ado gambar la, lupo nak bawak kemera, bawak lak kemera bateri eh kong, tak po la kan...
Posted by Penulis at 2:10 PM 0 comments
Wednesday, October 28, 2009
Pengarah JHEAINS yang baru
Salaam semua,
Alhamdulillah, warga JHEAINS mulai Ogos 2009 menerima Pengarah yang baru. Tuan Johani bin Hasan yang sebelum ni Pegawai Daerah Port Dickson, telah dinaikkan pangkat ke JUSA 'C' dan pernah menuntut di Kolej Islam Kelang dan dengan tu ghaso eh bab-bab agama ni dio bulehlah kot.
Anyway, kito-kito sumo di JHEAINS dengan lapang dado dan profesional eh menerima dan mengalu-alukan beliau ke JHEAINS. Semogo beliau dapat berkhidmat dengan baik dan baguzzz dan kito-kito sumo eh dapek kojo dengan baik dan gembiro selalu.
Untuk menyambut eh ialah program sepanjang Ramadhan yang melibatkan YAB Montori Bosar dan kito-kito. Maklumat-maklumat program ado kek website JHEAINS. Ando yang ngambik gambar program-program tu tompi lun nampak-nampak lak laie gambar eh, nanti kalau ado sok-sok kito nengok la nanti. Program pun berjalan dengan jaye nye and line clear. He he...
Badan jugo ado buek kojosamo ngan UUK, JHEAINS mengadokan kursus kawin. Sambutan eh ok gak. Kito ado buek kek IPGM Kampus Raja Melewar, Kolej Jururawat KPJ, Pasoh 4 dan ITQAN. Untuk Ghayo lak?Tungguuuuuu....
Posted by Penulis at 4:47 PM 0 comments
Monday, May 11, 2009
Friday, May 8, 2009
Selamat Hari Ibu
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu , Ibu , engkaulah Ratu Hatiku
Tempatku menyerah kasih tiap waktu
Betapa tidak kerna engkaulah yang menyinarkan hidupku
Sepanjang masa engkau bekorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu , Ibu , engkaulah Ratu Hatiku
Kau tak dapat ku lupakan , Wahai , Ibuuuuuuuuuuu......
Posted by Penulis at 8:15 AM 0 comments
Monday, May 4, 2009
DOA KESELAMATAN DARIPADA WABAK
Sila layari BLOG_Dato Hj Mohd Murtadza
Posted by Penulis at 2:47 PM 0 comments
Thursday, April 30, 2009
KADI BESAR NEGERI SEMBILAN
Berikut adalah senarai tugas yang aku jumpa dalam 'kesemakan' laci pejabat aku ni.. ingat nak scan paper tu scanner pulak buat hal.. aku salin je lah..kalau nak komen pasal ejaan mohon maaf lah, aku salin bulat-bulat je.. tanpa edit...
2. Sebagai Ketua Kadi Hakim pula mengeluarkan arahan-arahan berhubong dengan peratoran perbicaraan dalam Mahkamah Terbuka, dalam Mahkamah Tertutup dan di bilik Hakim-hakim dan lain-lain lagi mengenainya.
3. Membicarakan Kes-kes Sibil dan Jenayah dalam kuasa Kadi Besar dan boleh mengambil tempat Hakim Mahkamah Syariah di daerah-daerah bila ketika Kadi Hakim Daerah Udzor, cuti atau seumpamanya.
4. Menjadi Ketua kepada semua Kadi-kadi Wilayah dalam Negeri Sembilan.
5. Sebagai ketua Kadi-kadi Wilayah mengeluarkan arahan-arahan berhubong dengan perlaksanaan peraturan Nikah, Cerai dan Rujuk dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
6. Berketanggongan menjawab kemuskilan yang diterima oleh Pejabat Ugama Islam atau perkara berkaitan dengan tugas-tugas Kadi yang tidak melaksanakan sebagaimana arahannya.
7. Melaksanakan arahan-arahan Yang DiPertua Jabatan Ugama atau wakil-wakil pihaknya.
8. Menjadi Ahli Majlis Ugama Islam Negeri Sembilan.
9. Menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah Majlis.
Bertarikh : 13 Ogos 1983.
~adios~
Posted by Penulis at 12:14 PM 0 comments
Kepada semua warga JHEAINS dengan ini adalah dimaklumkan, untuk kali keduanya Bahagian Pendakwaan akan menganjurkan semula Kejohanan Sepak Takraw Piala Pengarah JHEAINS.. Seperti yang sedia maklum, kejohanan ini adalah kejohanan tertutup bagi mencari pemain-pemain untuk mewakili Jabatan nanti.. insyaAllah dijangka pada 24 Mei 2009 akan terlaksana acara ini.. kepada Jabatan/Agensi yang lain harap maaflah ye.. lain kali kita jemput pulak..
Cuma pada kali ini, format pertandingan adalah secara liga dan bakal diadakan diTepian Gelanggang Paroi..setiap Bahagian dan PAID diminta menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan bagi memeriahkan lagi acara gilang gemilang ini.. Apa lah sangat nak menang kalau dibandingkan dengan acara ini yang dapat mengumpul kita sesama kakitangan pada satu-satu masa.. Nak jumpa sesekali pun payah..
Oleh itu, datanglah beramai-ramai menyokong para pemain dan pasukan anda serta diri sendiri..Kejohahan kali ini juga adalah dengan kerjasama Badan Kebajikan JHEAINS disamping akan menganjurkan juga kejohanan Bola Jaring.. ye lah, takkan lelaki yo nak bersukan.. sebarang maklumat lanjut/tambahan boleh menghubungi En. Mohd Hanif / En. Huzaimee ( Bhg Pendakwaan ) di talian 06-7673255 ...
~ apsal dlm gambar tu ado pompuan..?? apo lah goman eh pompuan main takraw..
~adios~
Posted by Penulis at 12:03 PM 0 comments
Tuesday, April 21, 2009
KABINET 2009/2010
Timb. Pengerusi :
Rozimi b. Zamri
-X
Setiausaha :
Ustaz Mahmud Fauzi b. Md Taba
~ sori mud, gambaq hang tak dak..
Ustazah Maimon bt. Yusoh
En. Zamri Abah b. Sinin
-X-
5. Pn Mashita bt. Md Jan
-X-
6. Pn. Norhashimah bt. Ibrahim
-X-
1. Ustaz Firdaus b Taslim
-X-
2. Pn Imamah Rozana bt. Mohd Yusof
Posted by Penulis at 10:55 AM 0 comments
Friday, April 17, 2009
KENANGAN..
YB Tn Hj Sulaiman b Jaalam, YB Inche' Ariffin b Ali, YB Tn Hj Redza b Hj Mohd Said, Inche Mohd Yusuf b Hj Hussin (YDP Jbtn Ugama Islam), YB Inche Abdul Samad b Idris (Pengerusi Majlis Ugama Islam NS), Tn Hj Hassan b Hj Sail (Kadzi Besar NS), YB Inche Taha b Talib dan Tn Hj Mustaffa b Hj Ahmad (Nadzir Pelajaran Ugama NS)
Berdiri dari kiri :
Tn Hj Abdul Wahab b Hassan Muhammad, Inche Abdul Majid b Hj Lassim, Inche Mohd Dom b Amin, Tn Hj Mahmud b Hj Abdul Latif, YB Inche Mohd Yusuf b Abdullah dan Inche Ismail b Hj Kassim (Setia Usaha, Jbtn dan Majlis Ugama Islam NS)
Tiada dlm gambar:
YB Inche Aminuddin b Manap.
Note : Gambar di ambil pada 15 Disember 1964
al Fatihah..
Posted by Penulis at 10:23 AM 2 comments
LOTIH
Kepada pembaca blog, maaf dipinta kerana telah sekian lama tidak mengemaskini laman ini dek kesibukan kerja dan kekangan masa yang sering muncul...
Sebagai permulaan dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Badan Kebajikan JHEAINS telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Dakwah Islamiah Paroi pada 16 Mac 2009 dengan adanya pemilihan AJK yang baru.. Nak tahu sapa yang menang.. nanti la den update... lotih ni...
~adios~
Posted by Penulis at 9:59 AM 0 comments
Friday, November 28, 2008
al Fatihah
Pihak Badan Kebajikan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Moga-moga rohnya di dalam rahmat dan naungan Allah jua.
al fatihah.......
Posted by Penulis at 10:54 AM 0 comments
Monday, November 24, 2008
NTAHAPAHAPANTAH
Malam buta sunyi sepi ada bayi menangis
Terfikir aku fikir laluku memikir
Kenapa apa mahunya laparkah atau dahaga
Lalu anjing lalu menyalak macam ada hantu
Seram sejuk meremang akan bulu romaku
Kenapa apa maksudnya
Kita sama-sama tahu sudah
Di sini ada orang suka membebel
Siang malam pagi petang tak henti-henti
Kenapa apa sebabnya
Entah apa apa-apa entah
Dinihari aku masih lagi menyanyi
Kata orang aku sendiri yang tak sedar diri
Maafkan aku kawan
Maafkan aku wahai makhluk Tuhan
Oklah aku takkan bising
Oklah
=xpdc-aku takkan bising=
Posted by Penulis at 12:52 PM 0 comments
Saturday, November 22, 2008
TAKZIAH
Kami pihak Badan Kebajikan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.. Semoga roh ibunya mendapat rahmat Allah Taala dan sentiasa di dalam keredhaanNya.. Amin..
al Fatihah ...
Posted by Penulis at 10:53 PM 0 comments
Thursday, November 20, 2008
MASALAH
Kepada yang tak tahu jangan pandai-pandai cuba buat.. Artikel ini sekadar meningkatkan kefahaman yang ada disamping menambah ilmu selain dari tugas hakiki yang sedia ada..Paling tidak untuk diri sendiri kalaupun bukan untuk orang lain.. Dan juga memanjangkan ilmu pengetahuan seseorang kepada orang lain untuk sama-sama kita berkongsi maklumat demi kebaikan bersama...
Klik SINI untuk membaca, atau boleh juga di SINI ..
~adios~
Posted by Penulis at 11:26 AM 0 comments






