Thursday, October 29, 2009

Pertabalan DYYM Yang Di-Pertuan Besar N.Sembilan

Salaam...
Puasa sudah, ghaye sudah, ngundi pun sudah. Tibo lah maso yang ditunggu dek rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu Pertabalan Rajo kito.
Alhamdulillah....26 Oktober 2009 yang lalu, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah ditabalkan sebagai DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke-11. Meriah and happening boto kek Seri Menanti sejak 19 Oktober laie. Jabatan kito telah diamanahkan 2 acara besar bersempena istiadat tu iaitu nyo Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat pada 22 Oktober 2009 di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti dan Forum Perdana pada 23 Oktober 2009 di Padang Awam Seri Menanti. Majlis Bacaan Yasin dipimpin oleh Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dimano DYMM dan Tuanku Ampuan berangkat hadir. Kejosamo kakitangan JHEAINS amat dihargai dan disanjungi oleh urusetia majlis ini iaitu Bhgn. Pengurusan Masjid dan Surau (BPMS), kalau tidak....poghit juo. Kehadiran membanggakan terutama maso makan, ponoh kawasan Dewan Tunku Ampuan Najihah....

Forum lak....amat membanggakan walaupun tanpa kehadiran DYMM tetapi di hadiri oleh anakando nyo, Tunku Zain Al 'Abidin. Panel-panel kito ialah Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dan Yang Di-Pertua YADIM. Moderator nyo Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Bodontum bang...PA sistem pakai stage utama nyo untuk konsert. kacang dek budak-budak PA buek setting sound...tompi kono deh mulo-mulo tu, mic tak function, nasib baik mic wireless ado..VIP dah sampai, MC tak dapek cakap (mic tak function), Timbalan PAID Pilah comeh lak menarak MC...lek tuan, bondo tak sangko jadi. Padahal sobolom tu MC dah test, OK. Tompi tu la kan, kuasa Allah. Selain tu banyak laie program yang dijalankan sempeno istiadat ni, boleh nengok kek website kerajaan Nogoghi.


Keberangkatan tibo DYMM ke masjid untuk majlis Bacaan Yasin....

Makan pun posing....hai.....

Petugas-petugas untuk Forum...tak sabar ghaso nak mulo....nanti kito nengok tudung kek gerai tu ek.......kosan eh!!!

Sessi Taklimat untuk petugas Forum..nasib baik cuaca mendung, lampu kek ateh lak kurang cahayo...kalau tidak, silau bro...he he

Panel-Panel kito, orang lamo slow and steady...tompi jojak boto di cakap eh, tegas dalam lembut..

Antara dif-dif yang hadir....Jazakallah

Orang ramai yang hadir....

Tunku Zain Al 'Abidin nyampaikan cenderahati pado Panel-Panel. Jazakallah Tunku atas sudi berkenan untuk hadir.

Semoga DYMM diberi petunjuk dan perlindungan Allah jua sepanjang pemerintahan Tuanku.
Daulat Tuanku.

0 comments: