Thursday, April 30, 2009


Wahai orang-orang kampung..!! Semuanya OK..?? hehehehe

Kepada semua warga JHEAINS dengan ini adalah dimaklumkan, untuk kali keduanya Bahagian Pendakwaan akan menganjurkan semula Kejohanan Sepak Takraw Piala Pengarah JHEAINS.. Seperti yang sedia maklum, kejohanan ini adalah kejohanan tertutup bagi mencari pemain-pemain untuk mewakili Jabatan nanti.. insyaAllah dijangka pada 24 Mei 2009 akan terlaksana acara ini.. kepada Jabatan/Agensi yang lain harap maaflah ye.. lain kali kita jemput pulak..

Cuma pada kali ini, format pertandingan adalah secara liga dan bakal diadakan diTepian Gelanggang Paroi..setiap Bahagian dan PAID diminta menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan bagi memeriahkan lagi acara gilang gemilang ini.. Apa lah sangat nak menang kalau dibandingkan dengan acara ini yang dapat mengumpul kita sesama kakitangan pada satu-satu masa.. Nak jumpa sesekali pun payah..

Oleh itu, datanglah beramai-ramai menyokong para pemain dan pasukan anda serta diri sendiri..Kejohahan kali ini juga adalah dengan kerjasama Badan Kebajikan JHEAINS disamping akan menganjurkan juga kejohanan Bola Jaring.. ye lah, takkan lelaki yo nak bersukan.. sebarang maklumat lanjut/tambahan boleh menghubungi En. Mohd Hanif / En. Huzaimee ( Bhg Pendakwaan ) di talian 06-7673255 ...

~ apsal dlm gambar tu ado pompuan..?? apo lah goman eh pompuan main takraw..

~adios~

0 comments: