Thursday, April 30, 2009

KADI BESAR NEGERI SEMBILAN

Berikut adalah senarai tugas yang aku jumpa dalam 'kesemakan' laci pejabat aku ni.. ingat nak scan paper tu scanner pulak buat hal.. aku salin je lah..kalau nak komen pasal ejaan mohon maaf lah, aku salin bulat-bulat je.. tanpa edit...


Tugas-tugas Tanggongan Jawatan Kadi Besar Negeri Sembilan.

1. Menjadi Ketua kepada Kadi-kadi Hakim ( Kadi-kadi Daerah dalam Negeri Sembilan )

2. Sebagai Ketua Kadi Hakim pula mengeluarkan arahan-arahan berhubong dengan peratoran perbicaraan dalam Mahkamah Terbuka, dalam Mahkamah Tertutup dan di bilik Hakim-hakim dan lain-lain lagi mengenainya.

3. Membicarakan Kes-kes Sibil dan Jenayah dalam kuasa Kadi Besar dan boleh mengambil tempat Hakim Mahkamah Syariah di daerah-daerah bila ketika Kadi Hakim Daerah Udzor, cuti atau seumpamanya.

4. Menjadi Ketua kepada semua Kadi-kadi Wilayah dalam Negeri Sembilan.

5. Sebagai ketua Kadi-kadi Wilayah mengeluarkan arahan-arahan berhubong dengan perlaksanaan peraturan Nikah, Cerai dan Rujuk dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

6. Berketanggongan menjawab kemuskilan yang diterima oleh Pejabat Ugama Islam atau perkara berkaitan dengan tugas-tugas Kadi yang tidak melaksanakan sebagaimana arahannya.

7. Melaksanakan arahan-arahan Yang DiPertua Jabatan Ugama atau wakil-wakil pihaknya.

8. Menjadi Ahli Majlis Ugama Islam Negeri Sembilan.

9. Menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah Majlis.

Bertarikh : 13 Ogos 1983.


~adios~

0 comments: