Thursday, April 30, 2009

KADI BESAR NEGERI SEMBILAN

Berikut adalah senarai tugas yang aku jumpa dalam 'kesemakan' laci pejabat aku ni.. ingat nak scan paper tu scanner pulak buat hal.. aku salin je lah..kalau nak komen pasal ejaan mohon maaf lah, aku salin bulat-bulat je.. tanpa edit...


Tugas-tugas Tanggongan Jawatan Kadi Besar Negeri Sembilan.

1. Menjadi Ketua kepada Kadi-kadi Hakim ( Kadi-kadi Daerah dalam Negeri Sembilan )

2. Sebagai Ketua Kadi Hakim pula mengeluarkan arahan-arahan berhubong dengan peratoran perbicaraan dalam Mahkamah Terbuka, dalam Mahkamah Tertutup dan di bilik Hakim-hakim dan lain-lain lagi mengenainya.

3. Membicarakan Kes-kes Sibil dan Jenayah dalam kuasa Kadi Besar dan boleh mengambil tempat Hakim Mahkamah Syariah di daerah-daerah bila ketika Kadi Hakim Daerah Udzor, cuti atau seumpamanya.

4. Menjadi Ketua kepada semua Kadi-kadi Wilayah dalam Negeri Sembilan.

5. Sebagai ketua Kadi-kadi Wilayah mengeluarkan arahan-arahan berhubong dengan perlaksanaan peraturan Nikah, Cerai dan Rujuk dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

6. Berketanggongan menjawab kemuskilan yang diterima oleh Pejabat Ugama Islam atau perkara berkaitan dengan tugas-tugas Kadi yang tidak melaksanakan sebagaimana arahannya.

7. Melaksanakan arahan-arahan Yang DiPertua Jabatan Ugama atau wakil-wakil pihaknya.

8. Menjadi Ahli Majlis Ugama Islam Negeri Sembilan.

9. Menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah Majlis.

Bertarikh : 13 Ogos 1983.


~adios~


Wahai orang-orang kampung..!! Semuanya OK..?? hehehehe

Kepada semua warga JHEAINS dengan ini adalah dimaklumkan, untuk kali keduanya Bahagian Pendakwaan akan menganjurkan semula Kejohanan Sepak Takraw Piala Pengarah JHEAINS.. Seperti yang sedia maklum, kejohanan ini adalah kejohanan tertutup bagi mencari pemain-pemain untuk mewakili Jabatan nanti.. insyaAllah dijangka pada 24 Mei 2009 akan terlaksana acara ini.. kepada Jabatan/Agensi yang lain harap maaflah ye.. lain kali kita jemput pulak..

Cuma pada kali ini, format pertandingan adalah secara liga dan bakal diadakan diTepian Gelanggang Paroi..setiap Bahagian dan PAID diminta menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan bagi memeriahkan lagi acara gilang gemilang ini.. Apa lah sangat nak menang kalau dibandingkan dengan acara ini yang dapat mengumpul kita sesama kakitangan pada satu-satu masa.. Nak jumpa sesekali pun payah..

Oleh itu, datanglah beramai-ramai menyokong para pemain dan pasukan anda serta diri sendiri..Kejohahan kali ini juga adalah dengan kerjasama Badan Kebajikan JHEAINS disamping akan menganjurkan juga kejohanan Bola Jaring.. ye lah, takkan lelaki yo nak bersukan.. sebarang maklumat lanjut/tambahan boleh menghubungi En. Mohd Hanif / En. Huzaimee ( Bhg Pendakwaan ) di talian 06-7673255 ...

~ apsal dlm gambar tu ado pompuan..?? apo lah goman eh pompuan main takraw..

~adios~

Tuesday, April 21, 2009

KABINET 2009/2010

Pengerusi :
YB Tn Hj Mohd Murad b. Mohd Yusuf

-X-
Timb. Pengerusi :

Rozimi b. Zamri

-X
Setiausaha :
Ustaz Mahmud Fauzi b. Md Taba
~ sori mud, gambaq hang tak dak..

Pen. Setiausaha :
Ustazah Maimon bt. Yusoh

Bendahari :
En. Zamri Abah b. Sinin
Ahli Jawatankuasa :

1. Tn. Mohd Zol b. Sidek

2. Tn. Amran b. Awaluddin

3. Ustaz Wan Mohd Husni b. Hj Abdullah

4. Cik Rozlyn bt. Rozali

-X-
5. Pn Mashita bt. Md Jan

-X-
6. Pn. Norhashimah bt. Ibrahim

Pemeriksa Kira-kira:
-X-
1. Ustaz Firdaus b Taslim

-X-
2. Pn Imamah Rozana bt. Mohd Yusof


~ err.. Tuan Pengerusi!! ada sikit silau laa mato den...

Friday, April 17, 2009

KENANGAN..

Satu lagi gambar kenangan lama yang tersadai dalam stor pejabat..perlu dibuat proses restorasi agar masyarakat kini dan akan datang tidak melupakan jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh mereka ini demi menegakkan agama Islam dan Jabatan-jabatan yang berkaitan dengannya (MAINS,JHEAINS,JMKNNS & JKSNS) tersusun rapi sepertimana yang ada sekarang..Inilah dia organisasi Majlis Ugama Islam pada ketika itu..


Duduk dari kiri:
YB Tn Hj Sulaiman b Jaalam, YB Inche' Ariffin b Ali, YB Tn Hj Redza b Hj Mohd Said, Inche Mohd Yusuf b Hj Hussin (YDP Jbtn Ugama Islam), YB Inche Abdul Samad b Idris (Pengerusi Majlis Ugama Islam NS), Tn Hj Hassan b Hj Sail (Kadzi Besar NS), YB Inche Taha b Talib dan Tn Hj Mustaffa b Hj Ahmad (Nadzir Pelajaran Ugama NS)
Berdiri dari kiri :
Tn Hj Abdul Wahab b Hassan Muhammad, Inche Abdul Majid b Hj Lassim, Inche Mohd Dom b Amin, Tn Hj Mahmud b Hj Abdul Latif, YB Inche Mohd Yusuf b Abdullah dan Inche Ismail b Hj Kassim (Setia Usaha, Jbtn dan Majlis Ugama Islam NS)
Tiada dlm gambar:
YB Inche Aminuddin b Manap.

Note : Gambar di ambil pada 15 Disember 1964

al Fatihah..

LOTIH

Alhamdulillah...Akhirnya berjaya jugak login..
Kepada pembaca blog, maaf dipinta kerana telah sekian lama tidak mengemaskini laman ini dek kesibukan kerja dan kekangan masa yang sering muncul...
Sebagai permulaan dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Badan Kebajikan JHEAINS telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Dakwah Islamiah Paroi pada 16 Mac 2009 dengan adanya pemilihan AJK yang baru.. Nak tahu sapa yang menang.. nanti la den update... lotih ni...

~adios~