Saturday, October 4, 2008

TIBA MASANYA


Sekarang tiba la pulak masa untuk bekerja..

Kalau sebelum ini puasa sering dijadikan alasan untuk berehat serta bersantai dari membuat pekerjaan yang berat, maka dah tamat puasa ni boleh la kita sama2 buat apa yang tertinggal sebelum ini. Namun tak semua yang bersikap demikian. Masih ramai warga kerja yang begitu rajin di bulan puasa yang lalu membuat pelbagai program termasuk la bermesyuarat. hehee.. ada ke mesyuarat time puasa-puasa tu..??? adaaaa wooo ....

Lepas ni sibuk la pulak ngan rumah terbuka, pejabat terbuka dan macam2 yang terbuka..Tak de la pulak salah eh buat tu malah digalakkan mengadakannya demi perpaduan dan kebaikan bersama.. tak lupa juga pada tahun ini JHEAINS akan sama2 mengadakan jamuan raya untuk warga kerjanya dengan diurusetiakan oleh Badan Kebajikan serta Bahagian Khidmat Pengurusan.

Apa yang sangat2 diharapkan dari warga kerja JHEAINS adalah sumbangan terutamanya dalam bentuk wang ringgit.. Sumbangan tersebut boleh la disalurkan melalui bahagian,sekolah dan PAID masing2..Walaubagaimanapun, kehadiran tuan2 dan puan2 pada acara itu nanti lebih diharapkan kerana dapat saling berkenalan sesama kita serta mengeratkan perpaduan dikalangan warga kerja JHEAINS..

InsyaAllah, jika tiada aral melintang jamuan raya ini bakal diadakan pada 17 Oktober 2008 ( Jumaat ) .. moh la datang...

~adios~

0 comments: