Friday, September 26, 2008

Halatuju Badminton Negara

Dalam Utusan Malaysia Online hari ini melaporkan bahawa negara bakal kehilangan 3 orang pemain badminton senior yang akan bersara atas faktor-faktor tertentu..Biasalah,dah lama sangat pun diaorang ni berjuang dan masih tak jumpa-jumpa pelapis-pelapis baru walaupun saban tahun kita mendengar dan melihat begitu banyak acara badminton dipertandingkan samada peringkat estet maupun bandar..

Petikan :-
"KUALA LUMPUR - Pembentukan wajah baru skuad badminton Malaysia bakal bermula dari sekarang apabila tiga pemain senior yang selama ini menjadi tunjang dan anggota tetap pasukan berundur, sekali gus memberi laluan kepada pemain-pemain muda.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini bakal mengumumkan persaraan tiga pemain yang amat berpengaruh dalam arena badminton tanah air dan antarabangsa iaitu beregu handalan, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah serta jaguh perseorangan, Wong Choong Hann.

Pengunduran ketiga-tiga pemain tersebut, yang telah memberi sumbangan besar kepada Malaysia dan sering membawa cabaran negara dalam kejohanan utama seperti Sukan Olimpik, Piala Thomas, Sukan Asia serta Kejohanan Dunia, disahkan oleh pengurus besar BAM, Kenny Goh, semalam.

..."

Pada hari yang sama jugak dilaporkan pasukan negara juga tewas pada kebanyakan pesertanya dalam kejohanan China Masters di Changzhou. Ntah la apa nak jadi ngan sukan ni. Macam yoyo pun ada..tak sampai sebulan Lee Chong Wei dapat gelaran Datuk, tewas pulak apabila menyerah mudah kepada pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 17-21, 11-21 dalam Japan Masters dalam perlawanan akhir. Asyik dapat Naib Johan je nih ... best agak eh jadi no 2 ni... camana tu Tuan 02..???? :)

Bang Elias kita tak nak bersara ke..???

~adios~

0 comments: