Sunday, May 25, 2008

Majlis Tilawah al Quran

Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan Majlis Tilawah al Quran Peringkat Negeri Sembilan pada 9 - 11 Jun 2008 nanti. Sekarang ni tengah hangat la kut para-para qari/qariah yang bertanding diperingkat daerah.

Dari sudut sejarahnya, Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan yang pertama telah diadakan pada 8 Mac 1960 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1379 Hijrah. Pertandingan yang bersejarah ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman . Kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu telah menghantarkan wakil masing-masing ke pertandingan ini.

Sebenarnya pertandingan membaca al Quran merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan bagi kebanyakan negeri di Tanah Melayu. Menurut sumber dan catatan tertentu, pertandingan membaca al-Quran telah bermula di Negeri Kedah oleh Tunku Abdul Rahman dalam tahun 1951. Kemudian pada tahun 1959 pula beliau telah mengambil daya utama menganjurkan pertandingan membaca al-Quran antara Johor dan Kedah.

Tujuan diadakan pertandingan di peringkat Kebangsaan ini adalah untuk meletakkan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani umat Islam yang berpandukan kitab suci Al-Quran. Amalan ini pula adalah selaras dengan semangat yang terkandung didalam perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Sumber rujukan.

0 comments: