Friday, May 9, 2008

Intro ..

Assalamualaikum ...
alhamduliLlah, dalam kesibukan tugas akhirnya blog ini berjaya juga dibuat untuk menyediakan satu platfom bagi menyiarkan apa-apa aktiviti serta pengumuman terhadap apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh pihak jawatankuasa kepada ahli-ahli Badan Kebajikan JHEAINS.

Badan Kebajikan JHEAINS adalah merupakan satu platfom bagi kakitangan jabatan ini untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, rekreasi dan riadhah. Sehingga kini kepimpinan badan ini telah diterajui oleh beberapa individu yang begitu kompeten dan komited untuk menaikkan nama jabatan ini diperingkat negeri dengan menyertai beberapa aktiviti sukan diperingkat negeri dan negara. Walaupun dengan keahlian yang tidak begitu ramai namun badan ini berjaya melaksanakan setiap program dengan jayanya serta adalah diharapkan kesungguhan dan keprihatinan ahli-ahli yang ada ini dapat menarik minat warga kerja JHEAINS yang lain untuk menjadi ahli badan ini.

Sebagai permulaan, satu program riadhah telah diatur untuk merapatkan hubungan kekeluargaan warga kerja JHEAINS pada bulan Mei ini. Adalah diharapkan perlawanan futsal dan bola jaring antara agensi agama yang berada di Negeri Sembilan ini dapat menjadi satu wadah iklan kepada seluruh kakitangan bahawa badan ini masih wujud dan relevan untuk diteruskan demi kebaikan semua pihak.

Adalah diharapkan pada masa yang akan datang setelah beberapa perkara dalam perlembagaan badan ini berjaya dipinda serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan maka segala perancangan yang telah diatur akan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun. wassalam -n-

0 comments: